Majlis Berbuka Puasa Anjuran SPE Dengan Kerjasama QSR Brands | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » Majlis Berbuka Puasa Anjuran SPE dengan Kerjasama QSR Brands

Majlis Berbuka Puasa Anjuran SPE dengan Kerjasama QSR Brands

 
 
Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM dengan kerjasama QSR Brands (M) Holdings Berhad telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama 150 pelajar dan guru SMK King George V (KGV), Seremban Negeri Sembilan pada 24 Ramadhan 1445 Hijrah bersamaan 4 April 2023 (Khamis).
 
Jutaan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Tuan Hayazi Darus, Pemangku Ketua di Jabatan Syariah & Pematuhan Halal QSR Brands yang merupakan individu penting dalam merealisasikan program ini sehingga berjaya dilaksanakan. Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih kepada Pengetua Sekolah KGV, Dr.Mohd Fadzil bin Jamil dan YDP PIBG, Abdul Aziz b. Hamzah kerana sudi menjadi tuan rumah dan menerima kehadiran Timbalan Dekan, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE), UPM iaitu Prof. Madya Ts. Dr Anuar Shah Bali Mahomed dan En. Mohd Yunus Desa serta En. Danish Hafiz Mohd Hakim selaku urus setia program pada malam tersebut.
Sumbangan sebanyak 150 set (2 ketul ayam & Mash Potato beserta minuman ringan) sudah cukup mencipta keceriaan kepada para pelajar sekolah dan para guru Sekolah KGV pada 10 malam terakhir Ramadhan.
 
InsyaAllah dengan kerjasama erat antara SPE dan QSR Brands, kita akan teruskan program seumpama ini pada masa akan datang.

Tarikh Input: 05/04/2024 | Kemaskini: 06/04/2024 | asyikeen

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEeGAt~