|
|
LATAR
BELAKANG |
|
|
|
Program Bacelor Perakaunan
mula ditawarkan pada tahun 1985. Kurikulum program ini digubal
setelah mengambilkira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan
yang sesuai dengan kehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah
sektor profesion perakaunan, perniagaan, bank dan perkhidmatan
awam. Untuk mencapai hasrat ini, kurikulum program meliputi bidang-bidang
pengajian yang berkaitan dengan sektor-sektor tersebut. Ini dapat
dicapai dengan mengadakan program akademik yang luas ruang litupnya.
Program Bacelor Perakaunan merupakan program profesional yang
diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) di bawah Akta
Perakaunan 1967 Schedule 1.
Program Bacelor Perakaunan
untuk eksekutif ditawarkan mulai pengambilan Sesi Mac 2001/2002
untuk memenuhi keperluan pendidikan formal dan tinggi bagi golongan
profesional tanpa menjejaskan kerjaya mereka. Program ini ditawarkan
selepas waktu pejabat untuk memberi peluang kepada eksekutif
mengikuti program akademik yang dilalui oleh pelajar sepenuh
masa baik daripada segi kurikulum mahu pun kemudahan. Melalui
program ini diharapkan dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan
kefahaman para eksekutif dalam menangani cabaran dan perubahan
perniagaan dan pengurusan dengan lebih bijak dan sistematik selain
mengeluarkan tenaga profesional dalam bidang perakaunan dan kewangan.
|
|
|
|
OBJEKTIF |
|
|
|
Objektif umum program Bacelor
Perakaunan untuk eksekutif adalah untuk melahirkan tenaga terlatih
dan mahir dalam bidang perakaunan khususnya melahirkan Akauntan
Bertauliah yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA).
|
|
|
|
TEMPOH
PENGAJIAN |
|
|
|
Program ini mengambil masa
selama empat tahun. Setiap tahun akademik dibahagikan kepada
tiga semester (trimester) seperti berikut:
|
Trimester |
Tempoh
Pengajian |
|
I |
Mac - Jun |
|
II |
Julai - Oktober |
|
III |
November
- Februari |
Setiap trimester mengandungi 17 minggu terdiri daripada 14 minggu
untuk pengkuliahan, satu minggu peperiksaan akhir dan diikuti
cuti antara trimester selama 2 minggu berikutnya. Purata jam
kontak bagi setiap trimester adalah; (14 minggu x 12 jam purata
- untuk kuliah) dan (14 mingggu x 4 jam purata - untuk tutorial).
|
|
|
|
REKA
BENTUK PROGRAM |
|
|
|
Program ini memberi kelonggaran
kepada pelajar daripada segi penjadualan kuliah dan juga komunikasi
antara pensyarah dan pelajar. Untuk kemudahan pelajar kuliah
diadakan pada waktu petang dari jam 6.30 hingga 10.30 malam sebanyak
4 kali seminggu, dari hari Isnin hingga Sabtu termasuk hujung
minggu. Tugasan, perbincangan dan dialog antara pelajar dan pensyarah
adalah melalui komunikasi berantarakan komputer sama ada melalui
e-mail, papan buletin dan perisian lain yang sesuai. Ini bermakna
setiap pelajar digalakkan memiliki komputer untuk memudahkan
perhubungan. Kuliah diadakan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan,
Universiti Putra Malaysia.
|
|
|
|
KAEDAH
PENGAJARAN |
|
|
|
Latar belakang pelajar
yang mempunyai pengalaman yang luas dalam pengurusan dan perniagaan
dianggap sebagai satu kelebihan unik dan berharga. Gabungan pengalaman
mereka dan pendedahan kepada teori dan amalan perakaunan dan
pengurusan akan menghasilkan kefahaman subjek akademik yang lebih
mantap dan bermakna. Untuk tujuan ini strategi kaedah pengajaran
program ini lebih menekankan kepada perbincangan interaktif,
kumpulan perbincangan, analisis kes, penyelesaian masaalah dalam
kelas dan simulasi. Pembelajaran akan menekankan kepada aplikasi
konsep dan teori kepada pengalaman sebenar pelajar dalam perniagaaan
dan pengurusan. Pelajar program ini akan menerima khidmat daripada
pensyarah dan penunjukajar yang terlibat dalam program sepenuh
masa.
|
|
|
|
KURIKULUM
PENGAJIAN |
|
|
|
Program Bacelor Perakaunan
untuk eksekutif adalah mengikuti kurikulum baru pengajian yang
telah distruktur semula oleh pihak Fakulti. Dengan penstrukturan
semula ini, pelajar dikehendaki memenuhi sekurang-kurangnya 132
kredit untuk bergraduat berbanding 128 kredit sebelumnya.
Kurikulum baru selepas
penstrukturan semula meliputi tiga komponen utama, iaitu komponen
Kursus Pengajian Liberal, komponen Kursus Teras Perakaunan dan
komponen Kursus Elektif dan Teras bukan Perakaunan. Jumlah jam
kredit bagi setiap komponen adalah seperti berikut:
|
Komponen |
Jam kredit |
Pendidikan Am
|
14 |
Teras Perakaunan
|
71 |
Elektif dan Teras bukan
Elektif
|
47 |
|
Jumlah
|
132 |
Komponen Kursus Pengajian Liberal meliputi kursus-kursus wajib
Universiti seperti Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun
Asia. Selain itu, komponen ini juga mengandungi kursus-kursus
umum lain yang ditawarkan kepada pelajar universiti seperti Kemahiran
Penulisan Akademik (Academic Writing Skills), Matematik dan Statistik.
Komponen Teras Perakaunan
terdiri daripada semua kursus perakaunan yang relevan termasuk
kursus Teori Perakaunan serta latihan industri selama 6 bulan.
Untuk kursus-kursus dalam komponen ini, penggunaan komputer diintegrasikan
di semua peringkat yang relevan mulai daripada kursus awalan
perakaunan.
Komponen Elektif merangkumi
pilihan kertas projek atau kursus gantian. Teras bukan perakaunan
terdiri daripada teras ekonomi dan pengurusan. Kursus-kursus
dalam komponen ini termasuk kursus Komunikasi Perniagaan, Undang-undang,
Pengurusan, Pemasaran dan sebagainya.
|
|
|
|
PERLAKSANAAN
LATIHAN INDUSTRI |
|
|
|
Latihan industri adalah
merupakan sebahagian daripada kurikulum program Bacelor Perakaunan.
Tujuan latihan diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada
amalan perakaunan semasa dan juga untuk membolehkan pelajar mengaplikasikan
segala ilmu yang diperolehi dari program ini. Pengecualian tidak
diberikan kepada mana-mana pelajar walau pun mereka mempunyai
pengalaman kerja memandangkan pengalaman yang mereka akan perolehi
adalah berbeza dengan pengalaman yang mereka lalui sebelum mengikuti
program Bacelor Perakaunan. Tambahan lagi, latihan industri yang
akan mereka ikuti itu akan diambil kira sebagai sebahagian daripada
keperluan pengalaman kerja yang ditetapkan oleh MIA.
Latihan industri akan diikuti
oleh semua pelajar mulai Trimester 9 pada tahun tiga pengajian
selama 6 bulan. Pelajar digalakkan menjalani latihan praktik
di firma akauntan awam untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan
dan pengalaman yang akan memantapkan lagi pemikiran pelajar untuk
mengikuti kursus-kursus pada dua trimester yang terakhir. Pengalaman
yang sedemikian juga sangat berguna dalam apa jua kerjaya perakaunan
yang mereka pilih selepas bergraduat nanti. Walau bagaimana pun
pelajar dibenarkan menjalani latihan industri dalam firma lain
selagi berkaitan dengan bidang perakaunan atau kewangan.
Memandang pelajar eksekutif
adalah terdiri daripada mereka yang bekerja, pelajar perlu mendapatkan
cuti belajar atau pun pelepasan daripada majikan mereka, bagi
membolehkan mereka menjalani latihan industri di firma yang ditetapkan
oleh Unit Program Eksekutif, FEP. Bagi pelajar yang tidak mendapat
cuti belajar atau pelepasan daripada majikan, mereka dibenarkan
menjalani latihan industri di bahagian yang berkaitan dengan
perakaunan atau kewangan di organisasi mereka bekerja. Walau
bagaimana pun penyeliaan yang rapi akan diadakan untuk memastikan
matlamat latihan industri program Bacelor Perakaunan tercapai.
|
|
|
|
SENARAI
KURSUS BACELOR PERAKAUNAN |
|
|
|
Senarai kursus di dalam
kurikulum Bacelor Perakaunan mengikut komponen adalah seperti
di bawah ini:-
Komponen Kursus Pengajian
Liberal (14 jam kredit)
| Kod |
Kursus |
Kredit |
| SKP 2102 |
Kenegaraan Malaysia |
3 (3+0) |
| SKP 2201 |
Tamadun Islam |
2 (2+0) |
|
SKP 2202 |
Tamadun Asia |
2 (2+0) |
| BBI 2412 |
Writing for AcademicPurposes |
3 (3+0) |
| MTH 3004 |
Peng. kpd. Matematik Ekonomi
dan Perniagaan |
4 (3+1) |
|
|
Jumlah
|
14 |
Komponen Kursus Teras Perakaunan (71 jam kredit)
| Kod |
Kursus
|
Kredit |
| ACT2112 |
Perakaunan Pengenalan |
4 (3+1) |
| ACT3121 |
Perakaunan Kewangan Pertengahan
I |
3 (3+0) |
| ACT3122 |
Perakaunan Kewangan Pertengahan
II |
3 (3+0) |
| ACT3123 |
Perakaunan Kewangan Lanjutan
|
3 (3+0) |
| ACT3131 |
Perakaunan Pengurusan I |
3 (3+0) |
| ACT3132 |
Perakaunan Pengurusan III |
3 (3+0) |
| ACT4131 |
Perakaunan Pengurusan III
|
3 (3+0) |
| ACT3141 |
Audit I |
3 (3+0) |
| ACT3142 |
Audit II |
3 (3+0) |
| ACT3151 |
Percukaian I |
3 (3+0) |
| ACT3152 |
Percukaian II |
3 (3+0) |
| ACT3171 |
Sistem Maklumat Perakaunan |
4 (3+1) |
| ACT4121 |
Perakaunan Terkhusus |
3 (3+0) |
| ACT4161 |
Perakaunan Sektor Awam I |
3 (3+0) |
| ACT4191 |
Teori Perakaunan |
3 (3+0) |
| ACT4193 |
Isu-isu Semasa Perakaunan
|
3 (3+0) |
| ACT3211 |
Pengurusan Kewangan |
3 (3+0) |
| ACT4215 |
Pengurusan Kewangan Antarabangsa |
3 (3+0) |
| ACT 4221 |
Analisis Pelaburan |
3 (3+0) |
| LAT PRA |
Latihan Industri (6 bulan) |
12 (0+12) |
| |
Jumlah
|
71 |
Komponen Kursus Elektif
dan Kursus Teras Bukan Perakaunan (47 jam kredit)
Kursus Elektif
| ACT4199 |
Projek |
6 (0+6) |
| atau |
|
|
| Elektif Gantian |
( 2 kursus x 3 jam
kredit) |
6 (6+0) |
| Elektif Terhad |
(1 kursus) |
3 (3+0) |
Teras Ekonomi
| ECN3100 |
Prinsip Ekonomi |
3 (3+0) |
| ECN3101 |
Mikroekonomi |
3 (3+0) |
|
ECN3102 |
Makroekonomi |
3 (3+0) |
Teras Pengurusan
| MGM2101 |
Komunikasi Perniagaan |
3 (3+0) |
| MGM2111 |
Pengurusan Organisasi
dan Perniagaan |
3 (3+0) |
| MGM2191 |
Komputer dan Pemprosesan Data |
4 (3+1) |
| MGM3162 |
Statistik Perniagaan |
4 (3+1) |
| MGM3211 |
Prinsip Pemasaran |
3 (3+0) |
| MGM3351 |
Undang-undang Komersil |
3 (3+0) |
| MGM4321 |
Undang-undang Syarikat |
3 (3+0) |
| MGM4104 |
Kaedah Penyelidikan Perniagaan |
3 (3+0) |
| MGM4139 |
Pengurusan Strategi |
3 (3+0) |
| |
Jumlah |
47 |
| |
JUMLAH
BESAR |
132 |
Senarai Kursus-kursus
Elektif (Pilihan)
| Kod |
Kursus |
Kredit |
| ACT 4151 |
Percukaian Terkhusus |
3 (3+0) |
| ACT 4162 |
Perakaunan Sektor Awam II |
3 (3+0) |
| ACT 4192 |
Perakaunan Antarabangsa |
3 (3+0) |
| ACT 4211 |
Kewangan Perbadanan |
3 (3+0) |
| ACT 4214 |
Pengurusan Kewangan Islam |
3 (3+0) |
| ACT 4223 |
Teori Portfolio |
3 (3+0) |
| ACT 4231 |
Pengurusan Bank |
3 (3+0) |
| ACT 4232 |
Perbankan Antarabangsa |
3 (3+0) |
| ACT 4233 |
Perkhidmatan Kewangan Terkhusus |
3 (3+0) |
| ACT 4216 |
Sistem & Struktur Pasaran
Kewangan Malaysia |
3 (3+0) |
| ACT 4217 |
Analisis Ekuiti dan Sekuriti |
3 (3+0) |
| ACT 4218 |
Undang-undang Sekuriti |
3 (3+0) |
| ACT 4241 |
Derivatif Kewangan |
3 (3+0) |
|
|
|
|
KEPERLUAN
KEMASUKAN |
|
|
|
Calon yang ingin menyertai
program ini mestilah memenuhi syarat-syarat kemasukan berikut:
- Sijil Tinggi Malaysia
(STPM), dengan kelayakan minima adalah seperti berikut:
- lulus Diploma dalam bidang
Perakaunan atau Pentadbiran Perniagaan dari institusi pengajian
tinggi yang diiktiraf oleh Senat.; atau
- lulus sijil Matrikulasi
Perakaunan Universiti Putra Malaysia atau universiti tempatan
lain; atau
- kelayakan lain yang diiktiraf
setara dengannya oleh Senat dengan mendapat kepujian dalam mata
pelajaran berikut pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM):
dan lulus mata pelajaran
Bahasa Inggeris.
Keutamaan diberi kepada
calon yang pempunyai pengalaman bekerja yang mencukupi (iaitu
sekurang-kurangnya 5 tahun) dalam bidang perakaunan atau kewangan.
|
|