Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
Jumaat - 24 Februari 2017
  • FACEBOOK
  • TWEETER
  • SOSIAL MEDIA
  • GOOGLE
Sejarah Fakulti
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) atau nama asalnya Fakulti Ekonomi Sumber dan Perniagaantani telah ditubuhkan pada bulan Januari 1974 sebagai fakulti yang keempat di Universiti Putra Malaysia (sebelum ini dikenali sebagai Universiti Pertanian Malaysia). Penubuhan fakulti ini berdasarkan keperluan melahirkan lebih ramai tenaga profesional dalam bidang Perniagaantani dan Ekonomi Sumber. Pembentukan program berkenaan adalah selaras dengan matlamat Universiti Pertanian Malaysia pada masa itu, iaitu untuk menyediakan tenaga profesional dalam bidang berkaitan dengan sektor pertanian. 

Sejak penubuhannya, FEP terus berkembang bukan sahaja dari segi pengambilan pelajar tetapi yang lebih penting adalah penumpuan program akademik serta aktiviti penyelidikan dan khidmat profesional yang telah dijalankan. Fakulti ini mula memperluaskan penawaran program akademiknya seperti berikut: 

      1974 
      Bacelor Sains (Perniagaantani) 
      Bacelor Sains (Ekonomi Sumber) 

      1976 
      Master Sains (Ekonomi Sumber) 

      1981 
      Master Sains (Ekonomi) 

      1982 
      Ph.D. (Ekonomi) 

      1985 
      Bacelor Perakaunan 

      1987 
      Master Pentadbiran Perniagaan 

      1994 
      Master Ekonomi 

      1995 
      Bacelor Pentadbiran Perniagaan 
      Bacelor Ekonomi 
      Bacelor Perakaunan dengan Pendidikan 

      2000 
      Diploma Pengurusan Perniagaan 

Selaras dengan dasar pendemokrasian pendidikan semasa, FEP telah menubuhkan Unit Program Eksekutif (UPE) pada tahun 1997 dengan menawarkan program kepada calon yang mempunyai pengalaman bekerja di sektor awam atau swasta secara separuh masa. Program ini juga telah diperluaskan dengan kendalian bersama Akademi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) pada tahun 2000. 

Pada tahun yang sama FEP telah menubuhkan Unit Program Kerjasama (dahulu dikenali sebagai Unit Program Luar) dan menubuhkan Unit Pendidikan Jarak Jauh (dahulu dikenali sebagai Unit Pengajian Jarak Jauh) pada tahun 2001. 

Sehingga kini, FEP menawarkan tiga program di peringkat bacelor iaitu Bacelor Perakaunan, Bacelor Ekonomi dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan. Di peringkat siswazah pula FEP menawarkan Program Master Ekonomi, Master Sains dan Ph.D. dalam bidang Ekonomi.
Kemaskini Terakhir : Thu, 18 Jul 2013 (fakarrudeen)


Pejabat Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel:+603-8946 7600
Faks:+603-8948 6188
Emel: ah_norafidah@upm.edu.my

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017