Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
Jumaat - 24 Februari 2017
  • FACEBOOK
  • TWEETER
  • SOSIAL MEDIA
  • GOOGLE
PROGRAM PENGAJIAN

1) Bacelor Ekonomi

Latar Belakang
Program Bacelor Ekonomi (BE) mula ditawarkan pada tahun 1995. Objektif utama program ini adalah untuk melahirkan tenaga kerja terlatih dan berkualiti di dalam bidang ekonomi untuk memenuhi keperluan pembangunan dan kemajuan negara.

Peluang Pekerjaan
Graduan program ini berpeluang mendapat pekerjaan di sektor awam dan swasta sebagai ahli ekonomi, perancang ekonomi, pendidik, penyelidik, pentadbir atau pengurus, usahawan, ahli perbankan dan sebagainya.

Senarai Kursus Mengikut Komponen Kurikulum
: Maklumat lanjut >>


2) Bacelor Pentadbiran Perniagaan

Latar Belakang
Program Bacelor Pentadbiran Perniagaan (BPP) mula ditawarkan pada tahun 1995 sebagai tambahan kepada program yang sedia ada pada ketika itu, iaitu Program Bacelor Perniagaantani yang telah ditawarkan sejak 1974. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran serta kebolehan dalam bidang pengurusan perniagaan bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor perindustrian dan perkhidmatan.

Peluang Pekerjaan
Pelajar yang mengikuti program ini mampu:
• Bekerja di sektor swasta, sebagai eksekutif dalam bidang pemasaran, kewangan, operasi, sumber manusia dan bidang fungsian yang lain di organisasi tempatan dan antarabangsa dalam industri perbankan, hartanah, pengeluaran, perdagangan, telekomunikasi dan sebagainya.
• Bekerja di sektor awam sebagai pengurus di jabatan kerajaan dan badan berkanun.
• Menjadi usahawan yang berwibawa.

Senarai Kursus Mengikut Komponen Kurikulum : Maklumat lanjut >>


3) Bacelor Perakaunan

Latar Belakang
Program ini mula ditawarkan pada tahun 1985. Kurikulum program ini digubal setelah mengambilkira ciri-ciri penting dalam pembentukan graduan yang sesuai dengan kehendak profesion perakaunan dan kehendak pelbagai sektor. Ini termasuklah sektor perniagaan, perbankan dan perkhidmatan awam.

Peluang Pekerjaan
Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang :
• Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
• Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan
• Sektor awam dijabatan kerajaan dan badan berkanun.

Senarai Kursus Mengikut Komponen Kurikulum : Maklumat lanjut >>

Kemaskini Terakhir : Thu, 12 Mar 2015 (fakarrudeen)


Pejabat Timbalan Dekan (Akademik & Pelajar)

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor

Tel: 03-8946 7631

Faks: 03-8948 6188

Emel:
norafidah_shali@upm.edu.my,mawati@upm.edu.my

 

Jabatan Ekonomi

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor

Tel: 03-8946 7621

Faks: 03-8948 6188

Emel:
azmanhs@upm.edu.my,nurrulnaim@upm.edu.my

 

 

Jabatan Pengurusan dan Pemasaran

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor

Tel: 03-8946 7674

Faks: 03-8948 6188

Emel:
suhaimiabrahman@upm.edu.my,saedah@upm.edu.my

 

Jabatan Perakaunan dan Kewangan

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Universiti Putra Malaysia

43400 UPM Serdang, Selangor

Tel: 03-8946 7599

Faks: 03-8948 6188

Emel:
amalina@upm.edu.my,zalilasd@upm.edu.my

Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017