Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
Jumaat - 24 Februari 2017
  • FACEBOOK
  • TWEETER
  • SOSIAL MEDIA
  • GOOGLE
Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN

Kami staf FEP beriltizam ke arah kecemerlangan melalui penerapan budaya kualiti dalam pengajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional untuk memenuhi ekspektasi pelanggan kami dengan memastikan:

PRASISWAZAH

  1. Memaparkan maklumat pendaftaran dan jadual waktu kuliah pada minggu ke-11 semester sebelumnya.
  2. Memaparkan draf jadual waktu peperiksaan pada minggu ke-11 semester semasa.
  3. Mengadakan Pendaftaran Kursus pada Minggu ke-11 dan ke-12 semester semasa bagi semester akan datang.
  4. Menyediakan surat pengesahan pelajar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
  5. Memproses tempahan dewan kuliah fakulti dalam tempoh sehari daripada tarikh penerimaan tempahan yang lengkap.
  6. Mengambil tindakan ke atas aduan yang diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

SISWAZAH

  1. Memproses permohonan kemasukan selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas permohonan lengkap diterima daripada SPS.
  2. Memproses borang permohonan perlantikan Jawatankuasa Penyeliaan selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima daripada pelajar
  3. Memproses borang permohonan perlantikan Jawatankuasa Peperiksaan Tesis selewat-lewatnya dua (2) bulan dari tarikh permohonan lengkap diterima daripada pelajar
  4. Memproses sebarang permohonan pelajar melalui sistem iGIMS selewat-lewatnya dua (2) bulan daripada tarikh permohonan dibuat
  5. Memasukkan keputusan peperiksaan semester ke dalam sistem iGIMS dalam tempoh dua (2) minggu daripada tarikh peperiksaan dijalankan.
  6. Memastikan pelajar menduduki peperiksaan komprehensif (CE) selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas menerima laporan pemeriksa.

 

PENYELIDIKAN DAN JARINGAN INDUSTRI

  1. Memaklumkan hebahan pembukaan geran kepada Penyelidik dalam masa tiga (3) hari bekerja selepas menerima makluman daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
  2. Memaklumkan hasil penilaian kertas cadangan (pindaan) dari RMC kepada Ketua Projek dalam masa dua (2) hari bekerja.
  3. Memastikan permohonan untuk menghadiri seminar / persidangan / bengkel / lawatan luar negara (SKBL) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja sebelum dihantar ke RMC.
  4. Memaklumkan hebahan pertandingan / pameran Penyelidikan dalam masa dua (2) hari bekerja selepas menerima makluman daripada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi)
  5. Memberikan maklum balas penilaian laporan penyelidikan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas penilaian dilaksanakan.
  6. Memaklumkan status pengesahan laporan industri dan komuniti dalam tempoh 7 hari bekerja selepas data dimasukkan ke dalam ICRIS.
  7. Memaklumkan status permohonan lawatan oleh sekolah/universiti/industri dalam negara/ luar negara ke fakulti ekonomi dan pengurusan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas permohonan diterima.
Kemaskini Terakhir : Tue, 09 Aug 2016 (syairinnie)


Pejabat Dekan
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
Tel:+603-8946 7600
Faks:+603-8948 6188
Emel:
ah_norafidah@upm.edu.my
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017