HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Biografi Dekan


Saya dengan penuh rasa berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Kepada anda yang berminat untuk meneruskan pengajian di peringkat prasiswazah atau siswazah, kami menawarkan program-program yang amat kompetitif dalam bidang ekonomi dan perniagaan bagi membantu anda melakar kejayaan pada masa akan datang. 

Seluruh warga FEP adalah bersedia dengan penuh komitmen dalam memastikan penyampaian,  pengkayaan dan transformasi pengalaman pembelajaran. Kami juga amat menekankan konsep pembelajaran berpusatkan pelajar.  Bagi menjamin kualiti, kami akan sentiasa memastikan program dan hasil pembelajaran kami dinilai dan mencapai matlamat yang ditetapkan. Kami juga akan sentiasa menyemak kurikulum kami dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya relevan dengan dunia perniagaan sebenar yang semakin menuju ke arah persaingan global.   Bagi memastikan para pelajar mendapat pendedahan dan pengalaman yang diperlukan, program prasiswazah kami dilengkapkan dengan latihan industri wajib selama 3 hingga 6 bulan.

FEP, UPM merupakan universiti pertama di Malaysia yang berjaya memperolehi akreditasi terkemuka dalam bidang perniagaan iaitu Association to Advanced Collegiate Schools of Business (AACSB). FEP juga telah mendapat pensijilan ISO 9001:2004 dan telah menjalani akreditasi jaminan kualiti oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Komitmen ini membuktikan kesungguhan kami dalam menghasilkan graduan yang berkualiti. Lebih 50% daripada warga akademik fakulti  adalah berkelulusan Ph.D dari universiti ternama dunia seperti Cambridge, Manchester, Bradford, Glasgow, Illinois, Pennyslavania, Oregon State, Arkansas, Winconsin dan lain-lain yang terkenal di Amerika Syarikat, Australia, New Zealand and United Kingdom.

Bagi saya, "pelajar adalah pelanggan utama kami" dan wajib bagi kita memberikan perkhidmatan dan bimbingan yang terbaik kepada mereka.


Salam mesra.
Prof. Dr. Annuar Md Nassir, Dekan 2016