Penarafan Bintang

 Penarafan Bintang

Tujuan Sistem Penarafan Bintang Hubungan Industri dibangunkan adalah untuk memantau dan menilai kualiti aktiviti kerjasama antara pihak industry dengan UPM bagi mewujudkan hubungan yang menghasilkan impak yang tinggi. Sistem penarafan ini mempunyai (5)bintang berdasarkan kepada dimensi kerjasama yang dijalankan. Sebanyak 5 dimensi kerjasama telah dikenalpasti iaitu:

Demensi 1       : Jalinan Hubungan (Minat menjalin kerjasama)

Demensi 2       : Sokongan dan Penglibatan (Aktiviti kerjasama mula dijalankan di kedua belah pihak)

Demensi 3       : Impak Kerjasama (Aktiviti kerjasama yang memberi faedah yang besar kepada kedua belah pihak)

Demensi 4       : Kelestarian Perkongsian Strategik (Pihak Industri meneruskan aktiviti dari tahun lalu kepada tahun sesame)

Demensi 5       : Sumbangan Kewangan ( Sumbangan dana dalam bentuk tunai atau setara oleh pihak industry melebihi RM150,000)

 

Setiap industri akan diberikan bintang berdasarkan jumlah dimensi kerjasama yang telah diperolehi. Satu dimensi kerjasama yang telah dijalankan akan menerima satu bintang.

 

  • Aktiviti

1)      Program Francais Siswa 2015

2)      Majlis Perasmian SME@UPM 2015