| SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM

UPM buat lonjakan tertinggi anak tangga QS World University Ranking 2015/2016

SERDANG, 15 Sept – Universiti Putra Malaysia (UPM) membuat lonjakan tertinggi antara semua universiti awam sebanyak 45 anak tangga dalam QS World University Ranking 2015/2016.

 

UPM mencatatkan kenaikan tertinggi dengan mendapat ranking kedudukan 331 dunia berbanding 376 pada tahun lalu dengan skor 39.7.

 

Pencapaian universiti awam lain ialah Universiti Malaya naik 5 tangga daripada 151 ke kedudukan146, Universiti Sains Malaysia naik 20 anak tangga (309 ke 289), Universiti
Teknologi Malaysia turun 9 anak tangga (294 ke 303) dan Universiti Kebangsaan Malaysia turun 53 anak tangga (259 ke 312).

 

Naib Canselor UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Fauzi Ramlan berkata peningkatan UPM menunjukkan kejayaan inisiatif UPM menjayakan matlamat Putra Global 200 yang terangkum dalam Pelan Strategik UPM 2014-2020.

 

“Sebanyak empat indikator UPM meningkat skor iaitu Faculty Student Ratio, Citations per Faculty, International Faculty dan International Students manakala indikator reputasi UPM bagi ahli akademik dan majikan mengalami penurunan skor.

 

“Walaupun penurunan pada indikator reputasi yang menyumbang markah terbanyak, namun ini tidak menjejaskan skor UPM keseluruhan kerana peningkatan tinggi pada skor lain.

 

“Tambahan pula berlaku penurunan yang kecil pada indikator reputasi, iaitu penurunan 2.2 mata bagi academic reputation dan 3.4 mata untuk employer reputation,” kata Naib Canselor.

 

Dalam aspek pemantauan prestasi ranking, UPM telah menjadikan semua indikator yang diukur dalam QS World University Ranking sebagai Key Performance Indicator
(KPI) UPM dan dipantau secara berkala melalui Bengkel Pencapaian Prestasi Suku
Tahun.

 

 

SXDdFAJ~