Serdang, 23 Jan - Sesi perjumpaan Naib Canselor dengan warga Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah berlangsung di Dewan Philip Kotler. Sesi ini dihadiri oleh Dekan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan semua warga fakulti. Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr Aini Ideris telah berkongsi pelan startegik dan pencapaian UPM 2017. Pada sesi ini juga, Prof. Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris juga sudi meluangkan masa untuk menyampaikan Sijil Perkhidmatan Kecemerlangan kepada lima orang staf.
Pihak fakulti mengucapkan tahniah kepada semua penerima sijil kecemerlangan dan berharap agar warga fakulti memberikan sokongan penuh kepada visi dan misi universiti serta matlamat fakulti.
Lihat Galeri Gambar Perjumpaan VC
Tarikh Input: 07/02/2018 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 7777
Pengajian Siswazah: 03 9769 7609
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 6954