Serdang, 29 Ogos - Hokkaido Study Tour (HST) 2018 telah dianjurkan bersama Persatuan Jurutera Pertanian Malaysia (MSAE) dari 29 Julai hingga 3 Ogos 2018 di Sapporo, Hokkaido. Delegasi ini terdiri dari 14 orang termasuk pensyarah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dan Fakulti Kejuruteraan (FK). Mereka melawat dua Komuniti Islam di Hokkaido iaitu Sapporo dan Otaru. Satu forum oleh Hokkaido Islamic Society (HIS) yang bertajuk "Muslim di Hokkaido" telah diadakan di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Hokkaido pada 1 Ogos 2018. Semasa forum ini, pelajar Islam dari pelbagai negara seperti Malaysia, Turki, Indonesia dan Bangladesh telah berbincang dan bertukar pandangan dengan peserta delegasi mengenai isu umat Islam di Jepun. Di akhir forum, peserta delegasi telah menderma sebanyak empat tafsir Al-Quran dan wang yang dikumpulkan untuk Masjid Sapporo (di bawah Projek Masjid Sapporo) serta Masjid Al-Noor di Otaru.
Tarikh Input: 29/08/2018 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 7777
Pengajian Siswazah: 03 9769 7609
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 6954