SERDANG, 28 Julai 2022 – Dua warga Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM menerima Anugerah Fellowship Naib Canselor pada Majlis Gemilang Akademia Putra (MGAP) 2021 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM.
Pemenang Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Penyelidikan dan Inovasi 2021 (AFNC-KPI) kategori Penyelidik Muda (kluster Sains Sosial) adalah Dr. Cheah Jun Hwa.
Anugerah Fellowship Naib Canselor Kategori Perunding Cemerlang 2021 (AFNC-KPC) pula telah dianugerahkan kepada Prof. Dr. Rusmawati Said.
Semua pemenang menerima anugerah daripada Tuanku Pro Canselor DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.
Tarikh Input: 02/08/2022 | Kemaskini: 04/08/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 7777
Pengajian Siswazah: 03 9769 7609
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 6954