PROGRAM SME@UPM 2016
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan majlis graduasi untuk 21 Pengarah Urusan / CEO syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah tamat menjalani program SME@UPM 2016. Program SME@UPM 2016 adalah program anjuran kerjasama diantara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp), dan disokong oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Program ini adalah merupakan satu program inovatif untuk menggemblengkan kepakaran universiti, agensi kerajaan dan industri secara langsung. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada Ketua Pegawai Eksekutif daripada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mendapatkan pembelajaran berstruktur yang membolehkan mereka mencapai inovasi, daya saing dan prestasi perniagaan yang mapan. Pembangunan keupayaan sumber manusia adalah menjadi perkara utama bagi IKS dalam meneruskan kepelbagaian kreativiti dan inovasi dalam membangunkan perniagaan.
Jumlah keseluruhan peserta program tahun 2016 adalah seramai 21 Pengarah Urusan / CEO syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaya saing dan terdiri daripada pelbagai produk dan perkhidmatan seperti makanan dan minuman, Logistik, Kejuruteraan, Alat perubatan, peralatan untuk industri minyak, kosmetik, dan perabot.
Program SME@UPM 2016 yang di pengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Azmawani Abd Rahman juga melibatkan 4 Jawatankuasa Pensyarah dan 7 Jawatankuasa utama Pelaksana. Program telah bermula pada 14 Mei 2016 dan berakhir pada 21 September 2016. Seramai 17 penceramah yang terdiri dari pensyarah universiti, agensi kerajaan dan penggiat industri telah terlibat. Sebanyak 9 Modul telah disampaikan. Modul adalah seperti berikut:
Selain dari pembelajaran di dalam kelas, peserta juga berpeluang untuk membuat lawatan industri. Tahun ini, Jawatankuasa SME@UPM telah menganjurkan program lawatan Industri ke Korea Selatan pada 9-14 Ogos 2016. Antara tempat yang dikunjungi adalah dua IKS Korea, dua agensi kerajaan, Samsung Digital City dan Gangneung-Wonju National University. Melalui lawatan ini, peserta berpeluang melihat kemajuan industri dan teknologi di Korea selatan, berinteraksi serta bertukar fikiran dan idea perniagaan, dan berpeluang untuk melihat dan menjadikan amalan terbaik syarikat di Korea Selatan sebagai penanda aras. Para peserta juga telah berkesempatan untuk bertemu secara langsung dengan pemilik-pemilik syarikat yang terlibat. Sesi dialog dan perkongsian pandangan berkenaan perniagaan turut diadakan semasa lawatan.
Antara impak program SME@UPM adalah seperti berikut;
Tarikh Input: | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 7777
Pengajian Siswazah: 03 9769 7609
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 6954