Serdang, 6 Mac - Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) telah menerima lawatan delegasi daripada Universitas Diponegoro, Indonesia yang diketuai oleh Dr. Suharnomo (Dekan Fakultas Ekonomi dan Bisnis) dan ahli pengurusan fakulti iaitu Dr. Amie Kusumawardhani (Timbalan Dekan Hal Ehwal Jaringan), Dr. Harjum Muharam (Ketua Jabatan Pengurusan) dan Dr. Akhmad Syakir Kurnia (Ketua Jabatan Ekonomi). Lawatan delegasi Universitas Diponegoro, Indonesia ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang di antaranya pertukaran pelajar, pertukaran staf akademik, kerjasama dalam penyelidikan, penerbitan, seminar dan menjalinkan memorandum persefahaman di antara kedua-dua universiti.
Tarikh Input: 08/03/2019 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG
SELANGOR, MALAYSIA
Pertanyaan am: 03 9769 7777
Pengajian Siswazah: 03 9769 7609
Pengajian Pra siswazah: 03 9769 6954