Jom Masuk Kampung 7.0 | SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
» BERITA » Jom Masuk Kampung 7.0

Jom Masuk Kampung 7.0

29 Sept-Program Jom Masuk Kampung 7.0 merupakan aktiviti yang diwajibkan kepada pelajar-pelajar mobiliti Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Program yang telah masuk Tahun keempat ini telah disertai seramai pelajar 148 yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari negara China, Jepun, Korea, US, German, dan turut disertai oleh pelajar dari Malaysia. Program kali ini diadakan di Kampung Haji Dorani, Sg. Besar, Selangor Darul Ehsan. Program selama 3 hari 2 malam dirasmikan Prof. Madya Dr. Bany Ariffin Amin Noordin, Timbalan Dekan ( Akademik dan Pelajar), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

Program kali ini berlangsung di Homestay Kg. Haji Dorani, Sg. Besar, Selangor. Selain dapat memperkenalkan budaya masyarakat Malaysia, perkongsian ilmu pertanian, pemprosesan serta kesenian warisan juga dapat diketengahkan kepada pelajar luar negara di mana mereka akan membawa kenangan manis ini pulang ke negara mereka dengan secara tidak langsung dapat mempromosikan UPM ke luar negara dan Malaysia yang kaya dengan seninya.

Sejak Program Jom Masuk Kampung ini diperkenalkan oleh FEP kepada pelajar-pelajar mobiliti ini, secara tidak langsung berlaku penambahan yang ketara pelajar luar datang ke UPM. Ini menunjukan bahawa aktiviti ini memberi impak yang tinggi kepada FEP khasnya UPM dalam menuju Universiti bereputasi Antarabangsa.

Pihak fakulti secara tidak sedar telah melahirkan duta-duta kecil promosi yang berserakan ke serata negara selepas mereka berada d UPM dgan membawa pulang kenangan manis semasa berada di Malaysia.

Tarikh Input: 02/10/2017 | Kemaskini: 15/03/2022 | syazmer

PERKONGSIAN MEDIA

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397697777
-
SXEUVAp~