| SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM

Sedeqah yang Paling Utama

Ringkasan Artikel

Sedekah berasal daripada kata akar sadaqa (Shad, Dal dan Qaf) yang bermaksud Benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infak iaitu mengeluarkan sebahagian daripada harta untuk suatu kepentingan yang diperintah oleh Agama.

Dari Anas R.A. menceritakan bahawa Nabi S.A.W. pernah ditanya tentang " Sedekah apakah yang paling utama?", lantas Baginda S.A.W. menjawab: " Sedekah yang paling utama adalah di sepanjang bulan Ramadan". Hadis riwayat At-Tirmizi (Hasan dan Sahih)

HURAIAN
Sedekah berasal daripada kata akar sadaqa (Shad, Dal dan Qaf) yang bermaksud Benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infak iaitu mengeluarkan sebahagian daripada harta untuk suatu kepentingan yang diperintah oleh Agama.

Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infak kerana infak hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.

Rasullullah S.A.W. pernah bersabda yang maksudnya: " Lazimi setiap pagi kalian dengan bersedekah ke atas setiap ruas anggota; kerana setiap tahlil adalah satu sedekah, setiap takbir adalah satu sedekah, setiap nasihat adalah satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan melaksanakan dua rakaat solat Dhuha." Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

Hadis di atas menjelaskan bahawa sedekah itu bukanlah semata-mata berbentuk wang ringgit tetapi ia juga boleh ditafsir sebagai amal soleh. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk bersedekah.

Sedekah terbahagi kepada dua (2) kategori, iaitu Wajib dan Sunnat.

Sedekah yang Wajib, termasuklah nafkah kepada keluarga, zakat diri (fitrah), dan zakat harta (seperti zakat pendapatan, simpanan, perniagaan, KWSP, Qadha Zakat dan sebagainya); manakala Sedekah yang Sunnat, termasuklah sumbangan derma dan wakaf (sedekah jariah).

Cuma perbezaan di antara sedekah biasa dengan wakaf (sedekah jariah) ialah sedekah biasabersifat sementara dan boleh diagih segera; manakala Wakafpula adalah bersifat jariah (berkekalan hingga Kiamat) yang wajib dikekalkan asetnya dan dikembangkan manfaatnya sebagai pulangan dan agihan manfaat.

(SUMBER : JAWHAR)

Disediakan oleh :
MOHAMAD ZAID ANUAR
Penolong Pegawai Tadbir
Seksyen Pengurusan Dana Wakaf Ilmu, UPM

SXDdWAZ~