| SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI UPM

MERUNGKAI PERSOALAN MASA DEPAN PERAKAUNAN

Ringkasan Artikel

DALAM merealisasikan matlamat negara untuk mencapai status maju, sokongan dan dokongan profesional sangat penting. Satu daripada golongan profesional yang memainkan peranan penting untuk tujuan ini ialah akauntan.

Artikel Oleh : Dr Ram Al Jaffri Saad

DALAM merealisasikan matlamat negara untuk mencapai status maju, sokongan dan dokongan profesional sangat penting. Satu daripada golongan profesional yang memainkan peranan penting untuk tujuan ini ialah akauntan.

Selain menjadikan profesion ini terus relevan di peringkat negara dan dunia, profesion ini berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran.

Masalah inilah sebenarnya yang cuba dibincangkan oleh Profesor Dr. Kamil Md. Idris dan Profesor Dr. Ayoib Che Ahmad dalam artikel mereka berkaitan draf Pelan Induk Pendidikan Institut Akauntan Malaysia (MIA) yang disiarkan oleh Utusan Malaysia barubaru ini.

Ia merupakan maklum balas terhadap kenyataan Presiden MIA berkenaan isu sama yang turut disiarkan dalam Utusan Malaysia.

Ramai masyarakat tertanyatanya apa sebenarnya yang berlaku dalam profesion perakaunan pada masa sekarang. Malah ada yang bertanya kepada penulis sama ada kursus perakaunan yang ditawarkan oleh universitiuniversiti tempatan sudah tidak lagi mempunyai nilai.

Jika tidak bernilai, mengapa harus mereka menghantar anak mereka belajar kursus perakaunan di universiti tempatan.

Kebimbangan ini memang sukar untuk dirungkai. Jawapan kepada setiap persoalan yang dikemukakan juga harus dijawab dengan berhatihati.

Namun apa yang pasti penulis merasakan bahawa perkara ini merupakan satu isu yang amat penting diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah ahliahli akademik, para pelajar, pihak kerajaan dan masyarakat perniagaan.

Berdasarkan apa yang dibincangkan secara umum di media berkaitan isu ini sama ada oleh pihak akademik dan MIA, dapatlah dirungkai tiga situasi yang mendorong perdebatan mengenai profesion perakaunan pada ketika ini.

Pertama, MIA dikatakan mempunyai rancangan untuk meminda Akta Akauntan 1967 dengan menggugurkan Jadual 1 dalam akta tersebut. Apa yang terkandung dalam Jadual 1 tersebut?

Berdasarkan maklumat daripada laman sesawang MIA, Jadual 1 menyenaraikan kursus perakaunan peringkat diploma dan ijazah sarjana muda yang ditawarkan oleh universitiuniversiti tempatan yang diiktiraf oleh MIA. MIA telah ditubuhkan oleh kerajaan sebagai badan pengawal akauntan bertauliah di negara kita.

Impak kepada rancangan ini sangat besar kepada universiti tempatan dan para pelajarnya. Jika dilaksanakan graduan tempatan tidak boleh terus menjadi akauntan bertauliah seperti sekarang. Mereka terpaksa menduduki peperiksaan lain pula jika berhasrat untuk menjadi akauntan bertauliah.

Perkara inilah yang menjadi persoalan besar di kalangan ahli akademik dan juga pengamal perakaunan seperti Persatuan FirmaFirma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAFM).

Tambahan pula ijazah sarjana muda perakaunan di universitiuniversiti tempatan mendapat pengiktirafan badanbadan kualiti tempatan dan antarabangsa seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Persekutuan Akauntan Antarabangsa (IFAC), Piawai Pendidikan Antarabangsa (IES) dan lainlain lagi.

Kedua, setiap graduan dikehendaki mendapatkan kelayakkan daripada badanbadan profesional untuk melayakkan mereka menjadi akauntan bertauliah. Ini bermaksud graduan tempatan perlu menduduki peperiksaan yang dikendalikan oleh badan profesional perakaunan.

Kebiasaannya, badan perakaunan profesional dikendalikan oleh badan antarabangsa yang beroperasi di negaranegara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain. Caj yuran yang dikenakan agak mahal dan jumlah pelajar yang lulus peperiksaan tersebut adalah tidak ramai.

Natijahnya ialah berlaku pengaliran keluar wang negara berjutajuta ringgit setiap tahun. Soalan peperiksaan yang terlalu sukar juga boleh menyebabkan pelajar terpaksa menduduki peperiksaan tersebut berulangulang kali dan ini akan meningkatkan kos pengajian berkali ganda.

Ketiga, sasaran kerajaan untuk meramaikan akauntan bertauliah pada masa hadapan dikhuatiri terjejas dengan perubahan yang dirancang tersebut. Ini kerana peperiksaan profesional adalah sukar dan tidak semua pelajar yang menduduki akan berjaya lulus.

Ada juga unsur tersembunyi atau agenda tertentu oleh badan profesional di sebalik peperiksaan yang dikendalikan yang mungkin kita tidak tahu.

Hal ini dibimbangi akan merencatkan pertambahan bilangan akauntan bertauliah terutamanya di kalangan bumiputera Melayu pada masa akan datang.

Hasrat MIA untuk meningkatkan 25 peratus akauntan bertauliah Melayu dan 60,000 akauntan bertauliah di seluruh negara menjelang 2020 harus dipuji. Namun, sasaran tersebut adalah sesuatu yang dirasakan sukar untuk dicapai jika perancangan tersebut dilaksanakan.

Berdasarkan kepada kesemua situasi yang mendorong kepada perdebatan mengenai profesion perakaunan pada ketika ini, dapatlah disimpulkan bahawa isu ini perlu diberi perhatian oleh ahliahli akademik, pihak MIA dan pihak kerajaan. Usaha perlu digerakkan bagi membolehkan perbincangan semeja dilakukan yang melibatkan pihakpihak berkepentingan ini.

Jika ketelusan, integriti, kebertanggungjawaban menjadi teras kepada prinsipprinsip dalam perakaunan dan etika yang harus dimiliki oleh seseorang akauntan, maka masyarakat ingin melihat praktis amalan ini dilaksanakan oleh pihakpihak tersebut. Isu ini harus ditangani dengan sebaik mungkin.

Dengan membiarkan isu ini menjadi semakin kompleks dan tiada usaha menyelesaikannya segera dicari, maka sudah pasti akan menjejaskan kredibiliti dan persepsi awam terhadap akauntan secara umumnya.

CARIAN OLEH : FARAH HANIM ROSLAN (Bahagian Audit Dalam UPM)

SXDdWAR~