HALAMAN TIDAK DIJUMPAI

Bacelor Perakaunan (Kepujian)-v1

Latar Belakang
 
Program ini mula ditawarkan pada tahun 1985. Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan graduan yang beretika dan kompeten dengan kemahiran dan  berkebolehan dalam bidang perakaunan  untuk memenuhi perkembangan dan keperluan semasa negara.  Program ini diiktiraf di bawah Jadual 1,Akta Akauntan 1967. Graduan program ini layak untuk mendaftar sebagai ahli Institut Akauntan Malaysia, tertakluk kepada pengalaman selama tiga tahun seperti yang termaktub dalam Bahagian IV, Akta Akauntan 1967.
 
Peluang Pekerjaan
 

Peluang pekerjaan bagi graduan perakaunan merangkumi pelbagai bidang :
• Bidang profesional, sebagai akauntan bertauliah, juruaudit, penasihat percukaian, perunding pengurusan, setiausaha syarikat dan sebagainya.
• Sektor perindustrian dan perdagangan dalam bidang kewangan perbadanan, perbankan dan institusi kewangan lain yang memerlukan kepakaran perakaunan dan kewangan. Misalnya sebagai juru bank, akauntan kewangan, akauntan pengurusan, dan Ketua Pegawai Kewangan
• Sektor awam, iaitu di jabatan kerajaan dan badan berkanun sebagai akauntan, juruaudit dalaman dan sebagainya

 
Sinopsis Kursus
 
>>>>Klik di sini
 
Senarai Kursus Mengikut Komponen Kurikulum
 
>>>>Maklumat lanjut