Master secara Penyelidikan

 
Master Sains
 

MASTER SAINS

 

Latar belakang:

 

Ijazah Sarjana Sains merupakan program siswazah dengan penyelidikan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Terdapat sebelas (11) bidang yang ditawarkan dalam program Master Sains (MSc) iaitu

  1. Ekonomi
  2. Ekonomi Perniagaan
  3. Hospitaliti
  4. Pelancongan
  5. Pengurusan
  6. Pemasaran
  7. Pengurusan Sumber Manusia
  8. Kewangan 
  9. Perakaunan
  10. Kepemimpinan Korporat
  11. Undang-undang Perniagaan

 

Calon dikehendaki mendaftar beberapa kursus dan menjalankan penyelidikan. Pelajar yang mengikuti Program MSc boleh melengkapkan program minimum satu tahun dan maksimum tiga tahun.

Pemohon dikehendaki menyediakan proposal penyelidikan yang ingin dijalankan bagi memastikan bidang penyelidikan mereka bersesuaian dengan kepakaran ahli fakulti. Setiap pelajar akan diberikan penasihat akademik sekiranya pelajar tersebut berjaya diterima masuk, di mana penasihat akademik inilah yang akan membimbing pelajar sepanjang pengajian.


Struktur Kokurikulum

 

 

  • Program MSc terdiri daripada kerja kursus, seminar, tesis dan viva voce (peperiksaan tesis).
  • Pelajar dikehendaki melengkapkan 6 jam kredit kursus yang terdiri daripada kursus wajib iaitu kaedah penyelidikan (3 kredit) dan kursus elektif (3 kredit).
  • Pelajar dikehendaki mendaftar kursus seminar (1 kredit) yang ditawarkan setiap semester.
  • Pelajar mesti hadir dan lulus viva voce (peperiksaan tesis).
  • Maklumat lanjut mengenai senarai kursus rujuk di sini
 

Syarat kemasukan

 

Bidang Pengajian : Kewangan

Calon hendaklah mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.750 - 2.999 dan mempunyai minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.749 dan mempunyai minimum 5 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.

Bidang Pengajian : Selain Bidang Kewangan

Calon hendaklah mempunyai:

  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dalam bidang berkaitan dengan PNGK minimum 3.000; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan yang setara dengannya dengan PNGK di antara 2.750 - 2.999 dan mempunyai minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya dengan PNGK di antara 2.500 - 2.749 dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan; atau
  • Ijazah Sarjana Muda atau setara dengannya dengan PNGK di bawah 2.500 dan mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan.
     
Syarat Bahasa Inggeris
 

Untuk calon antarabangsa sahaja:

  • Band 6.0 untuk IELTS (Versi Akademik); atau
  • Skor 79-80 untuk TOEFL (Berasaskan Internet); atau
  • Band 4 untuk MUET; atau
  • Skor 50 untuk PTE Akademik; atau
  • Skor 109 untuk CIEP di ELS Language Centre, UPM

Nota : Tempoh sah laku kelayakan Bahasa Inggeris tidak boleh melebihi lima tahun.

 
 Pengambilan  

September       (Semester Pertama)

Februari           (Semester kedua)

     
Kerjaya
 

Penyelidik, Pensyarah

     

Pengiktirafan Program

 

Akreditasi AACSB

     
Brosur:   Untuk melihat brosur program, KLIK DI SINI 
     
Yuran dan bantuan kewangan  

Bayaran asas yang dikenakan adalah;

      Semester 1     Semester 2 – 3     Semester 4     Semester 5 dan seterusnya     Kos Pengajian Max 2 Tahun      Kos Pengajian Max 3 Tahun

Pelajar tempatan

   

RM1,950.00

    RM1,700.00       RM1,200.00     RM1,700.00     RM6,550.00      RM9,950.00
Pelajar antarabangsa    

RM5,850.00

   

RM3,950.00

   

RM3,450.00

    RM3,700.00     RM17,200.00      RM24,600.00

 

Maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan, KLIK DI SINI 

     

Penyelaras program: 

 
MSc (Ekonomi dan Ekonomi Perniagaan):    

MSc (Keusahawanan, Hospitaliti dan Pelancongan):

Nama: Dr. Nor Yasmin Mhd Bani     Nama: Prof Madya Dr. Anuar Shah Bali Mahomed
Pejabat: +603 - 9769 7248     Pejabat: +603- 9769 7643
Emel:nor_yasmin@upm.edu.my     Emel: anuar@upm.edu.my

MSc (Perakaunan dan Kewangan):     MSc (Pengajian Perniagaan):
Nama: Prof Madya Dr Ahmad Fahmi Sheikh Hassan     Nama: Prof Madya Dr Raja Nerina Raja Yusof
Pejabat: +603 - 9769 7270     Pejabat: +603-9769 7663
Emel: ahmadfahmi@upm.edu.my     Emel: nerina@upm.edu.my
     


   


         

Untuk MEMOHON, sila klik di sini 

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Pejabat Timbalan Dekan (Siswazah dan Antarabangsa)

  Sekolah Perniagaan dan Ekonomi
  Universiti Putra Malaysia
  +603-9769 7609/7722/7744
  spe@upm.edu.my