Selamat Datang ke Laman Portal
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
Universiti Putra Malaysia
Jumaat - 24 Februari 2017
  • FACEBOOK
  • TWEETER
  • SOSIAL MEDIA
  • GOOGLE
berita


MAJLIS KONVOKESYEN SME@UPM 2016


PROGRAM SME@UPM 2016

 

Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan majlis graduasi untuk 21 Pengarah Urusan / CEO syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah tamat menjalani program SME@UPM 2016. Program SME@UPM 2016 adalah program anjuran kerjasama diantara Universiti Putra Malaysia (UPM) dan SME Corporation Malaysia (SME Corp), dan disokong oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

 

Program ini adalah merupakan satu program inovatif untuk menggemblengkan kepakaran universiti, agensi kerajaan dan industri secara langsung. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada Ketua Pegawai Eksekutif daripada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mendapatkan pembelajaran berstruktur yang membolehkan mereka mencapai inovasi, daya saing dan prestasi perniagaan yang mapan. Pembangunan keupayaan sumber manusia adalah menjadi perkara utama bagi IKS dalam meneruskan kepelbagaian kreativiti dan inovasi dalam membangunkan perniagaan.

 

Jumlah keseluruhan peserta program tahun 2016 adalah seramai 21 Pengarah Urusan / CEO syarikat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang berdaya saing dan terdiri daripada pelbagai produk dan perkhidmatan seperti makanan dan minuman, Logistik, Kejuruteraan, Alat perubatan,  peralatan untuk industri minyak, kosmetik, dan perabot.

 

Program SME@UPM 2016 yang di pengerusikan oleh Profesor Madya Dr. Azmawani Abd Rahman juga melibatkan 4 Jawatankuasa Pensyarah dan 7 Jawatankuasa utama Pelaksana. Program telah bermula pada 14 Mei 2016 dan berakhir pada 21 September 2016. Seramai 17 penceramah yang terdiri dari pensyarah universiti, agensi kerajaan dan penggiat industri telah terlibat. Sebanyak 9 Modul telah disampaikan. Modul adalah seperti berikut:

  1. Kepimpinan PKS Bertaraf Dunia dan  Pengurusan Prestasi
  2. Pengurusan Sumber Manusia untuk PKS
  3. Perakaunan dan Kewangan untuk CEO

 

  1. Pemasaran Kreatif dan Kejayaan Perniagaan
  2. Operasi dan Pengurusan Kualiti
  3. Undang-undang dan Etika
  4. Keusahawanan dan Perniagaan Rangkaian
  5. Peluang Perniagaan, Pertumbuhan & Permodelan
  6. Modul Khas  - Business Champion

 

Selain dari pembelajaran di dalam kelas, peserta juga berpeluang untuk membuat lawatan industri.  Tahun ini, Jawatankuasa SME@UPM telah menganjurkan program lawatan Industri ke Korea Selatan pada 9-14 Ogos 2016. Antara tempat yang dikunjungi adalah dua IKS Korea, dua agensi kerajaan, Samsung Digital City dan Gangneung-Wonju National University.  Melalui lawatan ini, peserta berpeluang melihat kemajuan industri dan teknologi di Korea selatan, berinteraksi serta bertukar fikiran dan idea perniagaan,  dan berpeluang untuk melihat dan menjadikan amalan terbaik syarikat di Korea Selatan sebagai penanda aras. Para peserta juga telah berkesempatan untuk bertemu secara langsung dengan pemilik-pemilik syarikat yang terlibat. Sesi dialog dan perkongsian pandangan berkenaan perniagaan turut diadakan semasa lawatan.

 

Antara impak program SME@UPM adalah seperti berikut;

  1. Pemilik IKS dapat meningkatkan kefahaman apa yang diperlukan untuk menjadi sebuah perusahaan nasional, serantau dan global
  2. Membangunkan dan memupuk budaya positif dalam syarikat
  3. Meneroka pelbagai perniagaan alat diagnostik untuk menghadapi persekitaran perniagaan yang dinamik
  4. Memperbaiki pelan perniagaan syarikat
  5. Menambahkan jaringan hubungan perniagaan pemilik syarikat.
Polisi Privasi & Keselamatan | Penafian | Notis Hakcipta | Peta Laman | AJK Web |
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer, Safari, Firefox, Google Chrome dengan resolusi 1024 x 768
@2013 Universiti Putra Malaysia
  • SIRIM-UKAS
  • Valid CSS!
Kemaskini Terakhir : 15 Feb 2017