ENGLISH  


IKUTI KAMI
PORTAL STAF
USERNAME
PASSWORD
PENGENALAN
Fakulti Ekonomi and Pengurusan, Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah institusi terunggul yang menawarkan pengajian terkedepan dalam bidang ekonomi. Sejak penubuhannya di 1974, Fakulti telah mewujudkan satu tradisi pengajaran dan penyelidikan yang melintasi disiplin juga pensarjanaan yang inovatif. Demi untuk menyahut keperluan industri negara, Fakulti, dari kekuatan asalnya dalam bidang-bidang perniagaantani, ekonomi pertanian, ekonomi sumber asli, telah meluaskan disiplin-disiplinnya untuk meliputi ekonomi utama, kewangan, perakaunan dan pengurusan perniagaan. Fakulti terdiri dari empat jabatan, iaitu, Jabatan Ekonomi, Jabatan Hospitaliti dan Rekreasi (dulu, Jabatan Ekonomi Sumber Asli), Jabatan Pengurusan dan Pemasaran, dan Jabatan Perakaunan dan Kewangan. Jabatan Ekonomi mentadbirkan program prasiswazah dengan kepujian (Bacelor Ekonomi) dan juga program-program prasiswazah berkepujian bersama jabatan lain. Jabatan Pengurusan dan Pemasaran mentadbirkan program Bacelor Pentadbiran Perniagaan, manakala Jabatan Perakaunan dan Kewangan mentadbirkan Program Bacelor Perakaunan. 

Kakitangan akademik Fakulti mempunyai pengalaman luas dalam pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penyeliaan pelajar. Fakulti disokong kuat dengan kakitangan yang ternama yang juga mempunyai kepakaran dalam berbagai bidang seperti ekonomi analisa dan gunaan, kewangan, perakaunan, dan pengurusan perniagaan. Fakulti bertekad untuk mencapai kegemilangan dalam pengajaran serta penyelidikan di peringkat antarabangsa. Fakulti juga menawarkan berbagai kursus siswazah dalam bidang ekonomi dan pengurusan dengan kerjasama Sekolah Siswazah Pengurusan. Pelajar boleh memilih kursus yang berkenaan untuk pengkhususan mereka. 

Dalam bidang Ekonomi, Fakulti diiktirafkan ramai atas hasil penyelidikan Fakulti yang meluas juga berkualiti, sepertimana yang telah terbukti dari tiga penilaian berturut-turut oleh pertubuhan pembiayaan pengajian tinggi di Malaysia. Ahli Fakulti juga selalu menerbit makalah di jurnal-jurnal kebangsaan dan antarabangsa. Strategi penyelidikan kami menumpu kepada pembangunan teori ekonomi dan pengajian empirik dengan mengguna kaedah ekonometrik yang terbaru. Sasaran Fakulti adalah untuk menghasilkan peyelidikan yang memajukan ekonomi atau teori ekonometrik, juga untuk menawarkan pendekatan inovatif mengenai isu-isu penting yang dihadapi penggubal-penggubal polisi ekonomi. 

Kecenderungan penyelidikan kami adalah meluas dan kami menawarkan penyeliaan dalam berbagai bidang mengenai mikroekonomi, makroekonomi dan ekonometrik. Penyelidikan dalam bidang mikroekonomi menumpukan kepada teori saingan "game theory", ekonomi maklumat, ekonomi kewangan, ekonomi pembangunan, ekonomi antarabangsa, dan ekonomi persekitaran dan sumber asli. Manakala kumpulan ekonometrik berminat khususnya pada kaedah ekonometrik, permodelan ekonometrik dan analisa siri-masa. Tambahan pula, ramai daripada kumpulan penyelidikan ini giat terlibat dalam penyelidikan ekonometrik gunaan terhadap makroekonomi, ekonomi buruh dan ekonomi kewangan.