Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan   -   http://www.econ.upm.edu.my -   Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor, Malaysia.  Tel : +60389467609  Faks : +60389486188  E-mel : fep@econ.upm.edu.my
   ENGLISH VERSION
BERITA

 


Senarai Pemenang PRPI 2011

Fakulti mengucapkan tahniah kepada semua penyelidik yang telah berjaya memenangi pingat pada PRPI 2011. Untuk makluman Fakulti telah berjaya memenangi sebanyak 16 pingat daripada 26 penyertaan. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada semua yang telah turut serta bertanding dalam PRPI tahun ini.
Senarai Pemenang >>

 
 
Kod Etika (Pertanika)
Pertanika telah menggunapakai Kod Etika untuk memastikan bahawa komitmennya terhadap integriti dikenali dan patuhi oleh semua penyumbang, editor dan pengulas. Kod Etika Pertanika dilampirkan di bawah.
Muat turun >>

 
 
Program Pasca Siswazah dalam Polisi Pembangunan Pertanian dan Polisi Pembangunan Sumber Asli di IKDPM

Layari laman web IKDPM, UPM >>



 


Isu terkini Jurnal Fakulti - IJEM
Isu terkini bagi International Journal of Economics and Management (Vol 5, No. 1 Jun 2011) telah diterbitkan. Untuk memuat turun artikel penuh sila lawati laman web IJEM.
Seterusnya >>.

FEP Ahli AACSB International
Kami kini merupakan ahli AACSB International. AACSB International merupakan sebuah pertubuhan keahlian yang terdiri daripada institusi-institusi pendidikan, organisasi-organisasi perniagaan serta badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang berusaha untuk meningkatkan taraf pendidikan tinggi dalam bidang pengurusan dan pentadbiran perniagaan. Keahlian dalam pertubuhan ini tidak bermaksud ahli-ahli telah mendapat akreditasi AACSB International. Akreditasi AACSB International merupakan piawai prestasi yang tertinggi di kalangan sekolah perniagaan di seluruh dunia dan merupakan lambang terunggul dalam pendidikan pengurusan.

Perutusan Dekan
Saya dengan penuh rasa berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Samada anda hendak memulakan pengajian di peringkat prasiswazah atau siswazah, kami menawarkan program-program yang amat kompetitif dalam bidang ekonomi dan perniagaan bagi membantu...
Seterusnya >>

e-PMS
Sistem Pengurusan Penerbitan kami yang baru. Menyenaraikan semua penerbitan kami dan sentiasa dikemaskini.
Seterusnya >>

Pangkalan Data Kewangan
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Kajian Kewangan dan Perakaunan (CEAFAS), Jabatan Perakaunan Dan Kewangan dengan kerjasama Unit Komputer telah membangunkan pangkalan data kewangan untuk kemudahan warga FEP. Anda boleh memuat turun data berkenaan secara online. Bagi memudahkan pelajar mengakses maklumat kewangan tersebut, FEP juga menyediakan terminal data stream bertempat di:
Tempat: Pejabat TDPI, Blok B, FEP
Masa: 8 pagi - 5 petang (Isnin - Jumaat)
Seterusnya >>

          Soalan Lazim         
          Maklumbalas         
          Statistik Web         
           Peta Laman          
             AJK Web            

Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan atau kerosakan disebabkan daripada penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.


Anda pelawat ke:
29455

Tarikh kemaskini:
3 Ogos 2010 (5:02:52 ptg)


Hakcipta © 2008 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM. Semua hakcipta terpelihara.