Seminar FEP 2008
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan akan mengadakan Seminar FEP 2008 pada 17 - 20 Disember 2008 bertempat di Langkawi, Kedah. Seminar tahunan FEP yang ke-10 ini dianjurkan oleh Jabatan Ekonomi, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Lawat laman web >>
Lawatan Profesor Dr. Eileen Peacock, Mentor AACSB ke FEP dan GSM
FEP dan GSM akan menerima lawatan mentor AACSB pada 7 Ogos - 8 Ogos 2008. Dalam lawatan tersebut, Prof. Dr. Eileen Peacock akan mendengar taklimat dari pihak unit AACSB mengenai kemajuan persediaan FEP dan GSM ke arah akreditasi serta beliau juga akan bertukar pandangan dengan pihak FEP dan GSM mengenai cadangan penambahbaikan bagi tujuan akreditasi ini. Di awal lawatannya, Prof. Dr. Eileen Peacock akan memberi garis kasar tugas-tugas beliau sebagai mentor dan lawatannya akan diakhiri dengan satu sesi cadangan beliau kepada semua ahli FEP dan GSM Jadual Lawatan >>
Edisi Sulung "FEP Accreditation Newsletter"
Unit Akreditasi FEP telah melancarkan edisi pertama "FEP Accreditation Newsletter" bagi bulan Mac 2008. Muat turun >>
Jurnal Fakulti yang baru akan dilancarkan!
FEP akan melancarkan sebuah jurnal baru yang bertajuk International Applied Economics and Management Letters (IAEML). Seterusnya >>
FEP Ahli AACSB International
Kami kini merupakan ahli AACSB International. Akreditasi antarabangsa oleh AACSB merupakan piawai prestasi yang tertinggi di kalangan sekolah perniagaan di seluruh dunia. Institusi yang mencapai akreditasi ini membuktikan tekad mereka terhadap kualiti dan juga kemajuan berterusan melalui penilaian oleh rakan-rakan yang setara, berlandaskan penilaian yang tegas juga menyeluruh. Akreditasi antarabangsa AACSB merupakan lambang terunggul dalam pendidikan pengurusan.
Perutusan Dekan
Saya dengan penuh rasa berbesar hati ingin mengucapkan selamat datang ke laman web Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Samada anda hendak memulakan pengajian di peringkat prasiswazah atau siswazah, kami menawarkan program-program yang amat kompetitif dalam bidang ekonomi dan perniagaan bagi membantu... Seterusnya >>
e-PMS
Sistem Pengurusan Penerbitan kami yang baru. Menyenaraikan semua penerbitan kami dan sentiasa dikemaskini. Seterusnya >>
Senarai Penyeliaan dan Penempatan Bagi Latihan Industri Sesi 2007/2008
Senarai penyeliaan dan penempatan latihan industri bagi Jabatan Perakaunan dan Kewangan untuk sesi 2007/2008. Penyelia dan pelajar boleh menyemak senarai tersebut secara online. Seterusnya >>
Senarai Penyelia Kertas Projek Untuk Pelajar Prasiswazah
Senarai penyelia kertas projek untuk pelajar program prasiswazah, Semester Pertama 2007-2008. Penyelia dan pelajar boleh menyemak senarai tersebut secara online. Seterusnya >>
Pangkalan Data Kewangan
Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Kajian Kewangan dan Perakaunan (CEAFAS), Jabatan Perakaunan Dan Kewangan dengan kerjasama Unit Komputer telah membangunkan pangkalan data kewangan untuk kemudahan warga FEP. Anda boleh memuat turun data berkenaan secara online. Seterusnya >>
Universiti Putra Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM tidak akan bertanggungjawab di atas segala kehilangan atau kerosakan disebabkan daripada penggunaan maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.